Malah, katanya, kempen provokasi menggunakan bahasa kesat dan jelik pada sepanduk yang dipasang DAP hanya mencerminkan sikap sebenar parti itu yang menolak konsep politik matang dan sejahtera yang semakin diterima masyarakat hari ini.
“Pada saya, kalau DAP berani buat, mereka perlu berani tanggung. Kempen cara itu hanya memberi kesan buruk kepada masyarakat. Jangan buat kempen berbaur provokasi, nanti orang marah.
“Kempen begitu sudah tidak relevan lagi kerana masyarakat sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan tidak mudah terpengaruh dengan cara itu lagi,” katanya ketika berkempen di bandar ini, hari ini.
Dr Rani turut mempersoal tindak tanduk DAP yang lebih agresif berkempen dalam PRK kali ini berbanding Parti Amanah Negara (PAN) termasuk menggunakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 untuk menakutkan pengundi bukan Melayu.
“Nampak yang DAP sudah jadi seperti ‘lebih daripada kuah’. Yang bertanding calon PAN tetapi mereka yang lebih- lebih. Pengundi di sini ada yang bertanya dengan saya mengapa calon PAN ikut telunjuk DAP dalam kempen,” katanya.