Taktik kotor, fitnah terdesak, KJ nafi letak semua jawatan

Sebab itu beliau tidak hairan sejak Perhimpunan Agung UMNO dua minggu lalu tidak henti-henti fitnah bertebaran dengan percubaan melaga-lagakan Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan pucuk pimpinan selain kononnya ketua puteri UMNO turut dikatakan meletak jawatan.

“Ini (dakwaan beliau meletak jawatan) sangat-sangat tidak benar, takkanlah saya yang telah menyatakan sokongan penuh kepada presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak sampai dua minggu (sejak perhimpunan parti) telah letak jawatan.

“Apa yang saya sebut dalam Perhimpunan Agung Pemuda tempoh hari adalah kekal iaitu kami (Pemuda UMNO) akan mempertahankan kepimpinan parti dan berpegang kepada ikrar itu.

“Harap ahli parti tidak termakan umpan (fitnah) ketika pembangkang sekarang berpecah berhubung siapa akan jadi PM (Perdana Menteri)…Tan Sri Muhyyiddin ke, Anwar (Ibrahim) ke,” kata beliau memetik laporan Utusan Online.

Khairy ditanya fitnah yang sedang diviralkan oleh pihak tertentu mendakwa beliau meletak jawatan Menteri Belia dan Sukan, Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau.

Baru-baru ini, tersebar secara meluas surat palsu kononnya ditulis Timbalan Perdana Menteri dan antara kandungannya ialah desakan agar Najib berundur daripada kerajaan.

Perdana Menteri yang mengulas perkara itu menyifatkannya sebagai helah kotor pembangkang yang bukan sahaja gagal, malah tidak akan sesekali berjaya menggugat perpaduan dalam UMNO.

Pada 3 Disember lalu dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan agung parti, Khairy menegaskan, seramai 600,000 ahli Pemuda UMNO yang dike­tuainya berikrar untuk walak atau taat setia kepada presiden parti.

Konsep walak itu, tegas beliau, disebut dalam al-Quran dan hadis melalui surah An-Nisa’ yang menyeru umat Islam taat kepada Allah, Rasul dan Ulil-Amri atau pemimpin selagi pemimpin itu tidak melakukan perkara di luar batasan.

Related Articles