Beliau tanpa berselindung berkata adalah tidak salah untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan kenyataan tersebut ternyata membuat semua pihak terkejut.
Beliau yang kini bersama pembangkang di negara ini mendakwa segala tindakan yang diusahakan oleh puak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan sedia ada adalah tidak salah.
“Sebagai pembangkang, kami pasti akan menjatuhkan kerajaan semasa khususnya perdana menteri Datuik Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Tambahnya selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah, PKR dan DAP turut berazam untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.
“Jika anda mengatakan ia satu perbuatan jenayah, tunjukkan kepada saya kerajaan negara mana di dunia ini berjuang untuk mengekalkan pemerintahannya secara berterusan.
“Saya mengaku kenyataan pembangkang berkaitan isu ini salah, apatah lagi bekas PM Tun Abdullah juga pernah mengajak DAP menyertai BN, tetapi mereka lebih gemar kekal sebagai pembangkang.
“Sekiranya DAP kekal sebagai kerajaan selain sebagai pembangkang, ia akan menjadi lebih baik dan menyeronokkan, tetapi DAP tidak boleh melakukannya secara persendirian.
“Parti parti pembangkang sudah ada seperti yang diperlukan mereka dan sebab itulah Pakatan Harapan akan lawan BN dan Najib tanpa berganjak,” tegasnya lagi. – Tamil Nesan.