Tak perlu bergaduh sebab BERSATU – Pak Lah

Beliau berkata, semua perlu memahami kebaikan yang cuba ingin dibawa oleh parti baharu itu dan bukannya berkelahi sesama sendiri.

“Kita harap kalau ada hubungan yang elok itu, tentulah tidak ada masalah. Kalau hendak bergaduh, menimbulkan macam-macam, tidak baik, kita tidak suka dengan perkara-perkara yang menyebabkan pergaduhan.

“Kalau ada pergaduhan, selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu jemputan dalam majlis pembukaan Forum Kyoto-ASEAN 2016 di Hotel Pullman, pada Khamis.

Terdahulu, ROS secara prinsip meluluskan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai parti politik dengan penggunaan akronim PPBM dan bukan Bersatu, pada Khamis.

Menurut Abdullah, kelulusan PPBM sebagai sebuah parti politik menunjukkan kebebasan dalam berpolitik di negara ini.

“Tengoklah apa yang berlaku. Kita tidak tahu apa yang mereka (PPBM) hendak laksanakan sama ada yang baik atau sebaliknya. Kalau hanya mengacau dan tuduh-menuduh itu yang kita tidak suka,” ujarnya.

Related Articles