Tak jantan kritik perdana menteri ‘pencen’ kata Mat Sabu

 
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sebaliknya berkata, “tidak jantan” untuk beliau terus berdendam dengan Mahathir.
 
“Saya gementar berceramah di depan perdana menteri, pemimpin yang pernah memerintah negara 22 tahun.
 
 “Saya dua kali kena tahan ISA di bawah rejim Mahathir. Seperti kata-kata yang lain, kita bukan di sini bercakap untuk dendam,” katanya ketika berucap dalam himpunan Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam, pada Ahad.
 
“Sebab Islam kata, berkatalah perkara yang benar di depan pemerintah yang zalim, bukannya yang pencen.. (Tapi) yang zalim…kalau kritik yang pencen bukan jantan namanya,”kata Mat Sabu.
 
Beliau sebelum ini lantang mengkritik Mahathir, namun kini bangkit menyokong mantan perdana menteri itu yang menerajui gagasan ‘Selamatkan Malaysia’ bagi menuntut pengunduran Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri.
 
Mat Sabu pernah ditahan di bawah ISA pada 1984 semasa Operasi Lalang yang diarahkan Mahathir pada 1987.

Related Articles