20
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kejadian berlaku di Taman Seri Andalas Klang dekat Shah Alam pada kira-kira pukul 8.30 malam Ahad.
“Datuk kepada mangsa telah hadir sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bagi melaporkan kejadian berkenaan.
“Sepasukan enam anggota bomba tiba di rumah mangsa pada pukul 8.56 malam, mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala yang tersepit dengan menggunakan pemotong khas,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama