Tabung Haji umum RM2.8 billion hibah untuk pendeposit

Dengan pengumuman itu, Tabung Haji akan mengagihkan sebanyak RM2.88 bilion sebagai hibah kepada 9.1 juta pendeposit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata bayaran hibah berkenaan secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pendeposit manakala tambahan Hibah Haji pula akan memanfaatkan 8.5 juta pendeposit yang belum pernah menunaikan haji.

“Pendeposit boleh menyemak pengkreditan Hibah TH 2016 di kaunter TH dan ATM bank strategik seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik selewat-lewatnya Isnin ini,” katanya pada majlis Pengumuman Hibah kepada pendeposit TH 2016, di Kompleks Islam Putrajaya, Jumaat.

Jamil Khir turut menekankan kepada pendeposit bahawa simpanan sedia ada dalam akaun termasuk bayaran hibah yang akan dikreditkan ke dalam akaun adalah selamat dan 100 peratus dijamin oleh kerajaan.

“Hibah yang diumumkan ini sudah mengambil kira 2.5 peratus bayaran Zakat Perniagaan TH 2016 sebanyak RM60.3 juta, yang mana bayaran zakat berkenaan akan dibuat kepada semua Pusat Pungutan Zakat (PPZ) negeri dan juga secara langsung kepada asnaf yang layak,” katanya.

Related Articles