Tabung Haji nafi potong wang pendeposit untuk bayar PTPTN

by SM Amin

Dalam satu kenyataan hari ini, TH medakwa perkara itu adalah tidak benar dan ia satu fitnah bagi memburukkan nama baik serta imej TH.

“Merujuk kepada mesej pendebitan sejumlah wang dari akaun TH bagi membayar PTPTN yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp. Segala maklumat disebarkan adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

“TH ingin menegaskan bahawa tiada sebarang usahasama diantara TH dan pihak PTPTN,” katanya.

Menerusi aplikasi WhatsApp itu seorang individu yang mendakwa pendeposit TH kehilang sebanyak RM30,000 dalam akaun simpanan TH miliknya.

Melalui mesej yang dihantar dipercayai kepada bapanya, pendeposit itu berkata selepas disiasat wang terbabit dikatakan dipotong oleh TH bagi pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Related Articles