Syarikat Korea didakwa bakar hutan Indonesia untuk projek sawit

Menurut laporan itu, syarikat tersebut, Korindo Group PT yang berpangkalan di Jakarta itu dikatakan turut membakar hutan dan tanah untuk memulakan projek penanaman sawit sekali gus melanggar undang-undang negara itu.

Korindo juga didakwa telah membersihkan lebih daripada 50,000 hektar tanah untuk projek berkenaan di wilayah Papua dan Maluku, manakala lebih 75,000 hektar tanah lagi turut ‘berisiko tinggi’ untuk dibersihkan, kata laporan tersebut.

“Saya tidak pernah nampak bukti yang begitu kukuh untuk meyakinkan bahawa sebuah syarikat telah melakukan pembakaran hutan secara sengaja,” kata konsultan kanan AidEnvironment Indonesia, Erik Waker. – Reuters

Related Articles