Dalam satu sidang media bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) disini hari ini, Jamal berkata terdapat ramai pengguna yang kecewa dengan sikap syarikat insuran.
“Kita nak mengutarakan rintihan masyarakat, aduan yang di terima oleh PPIM, dan kebetulan perkara ini berlaku kepada diri saya sendiri, tapi masalah saya sudah selesai.
‘Mereka menurunkan tandatangan untuk insuran sebagai kewajiban untuk diri mereka dan keluarga mereka, tetapi mereka akhirnya merasa kecewa, kerana (ia) tidak dapat seperti yang mereka harapkan,” kata Jamal di hadapan sebuah hospital swasta disini dimana anaknya sedang menerima rawatan.
Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu turut menggesa pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat insuran ini.
“Jangan biarkan mereka mengambil keuntungan semata-mata.
“Orang yang mempunyai polisi insurans terpaksa tunggu berjam-jam, dan mereka terpaksa bayar deposit (sebelum menerima rawatan),” kata Jamal.
Menurut Jamal, graf pengguna yang melanggan pakej insuran telah menurun kebelakangan ini.
“Dalam masa dua tahun ini saya melihat graf orang ramai memiliki dan membeli insurans ini menurun kerana kepercayaan orang ramai terhadap insuran itu sendiri terutamanya takaful (menurun).
“Saya kesian dengan agen-agen ini kerana mereka hanya cari maka tapi akhirnya mereka yang menerima tohmahan. Mereka inilah yang selalu teraniaya,” kata Jamal.
Jamal turut menyelar hospital swasta supaya tidak sekadar memikirkan keuntungan.
“Di negara kita ini, etika itu telah berubah dari etika mengutamakan nyawa pesakit kepada keuntungan semata-mata.
“Ianya melibatkan satu proses yang sengaja dirumitkan supaya tuntutan mereka tidak dipenuhi,” katanya.
Berhubung dengan kejadian yang menimpa keluarganya, Jamal berkata anaknya yang mengalami kecederaan di bahagian kakinya melalui proses yang sulit untuk mendapatkan surat jaminan dari syarikat insuran untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta disini.
“Saya amat kecewa dengan pengalaman saya, dan saya terpaksa menyelesaikan masalah tersebut dengan cara berhutang dengan kad kredit.
“Nasib baik saya mempunyai kad kredit, bank kasi hutang, tapi kalau orang lain? Angkut anak kita pergi ke hospital kerajaan,” katanya.