Syarat masuk MRSM 3A 3B

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas menghadiri Majlis Hari Inovasi, Kementerian Kamajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), di ibu negara pada Selasa.

“Berikutan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini , Mara telah meneliti dan membuat pengubahsuaian kelayakan minimum kemasukan pelajar ke tingkatan satu MRSM 2017.

“Kita akan memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar serta calon-calon yang bergiat aktf dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan,” katanya.

Tambahnya, Mara juga akan memberikan laluan khas kepada pelajar miskin tegar, yatim piatu dan juga golongan bumiputera yang cemerlang dalam ujian baru-baru ini, memetik Kosmo Online.

Related Articles