Dalam satu kenyataan diterbitkan di akaun Facebooknya, pemenang Anugerah Keamanan Nobel itu menegur rangkaian berita CNN, BBC, Al Jazeera dan penyiar Singapura, Channel News Asia.
Dalam temubual eksklusif dengan Channel News Asia yang disiarkan pada hari sama, Suu Kyi menyatakan rasa kurang senangnya apabila komuniti antarabangsa “sentiasa memalu gendang membakar kebencian”.
Media Britain Daily Mail turut dikecam kerana menyiarkan sekeping gambar didakwa memaparkan keadaan seorang bayi Muslim di Myanmar. Gambar itu kemudian didapati bayi Kemboja.
Myanmar kini berdepan kritikan hebat daripada komuniti antarabangsa kerana tenteranya didakwa melakukan pelanggaran hak asasi manusia keadaan etnik Rohingya di Rakhine, utara negara itu.
Jumaat lalu Kedutaan Myanmar di London mengeluarkan surat bantahan kepada BBC kerana menerbitkan kenyataan daripada seorang pegawai PBB di Bangladesh yang mendakwa Myanmar melakukan “perbersihan etnik”.
Laporan itu, kata kedutaan terbabit, dibuat “berdasarkan kepada khabar angin, cakap dengar sebelah pihak yang jauh dari situasi sebenar”. – dpa