Superman DAP keluar parti gara-gara Laut China Selatan

Hew yang sering mendapat jolokan Superman berkata demikian menersi posting di laman sosial Facebooknya.

“Untuk kebaikan DAP, saya memutuskan untuk meninggalkan parti bermula hari ini (semalam).

“Saya berpendapat ini adalah satu kelegaan (buat saya),” katanya.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Hew berkata, masalah timbul apabila musuh politik sering memutar belit kenyataannya dan menjadikan pandangan peribadinya sebagai pendirian DAP.

Tambahnya, desakan musuh politik supaya jawatankuasa disiplin parti mengambil tindakan terhadapnya turut menimbulkan masalah kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin yang tidak bersetuju dengan pandangan politik serta cara beliau berceramah.

“Untuk menyelesaikan masalah ini sekali harung, saya percaya keluar parti adalah pilihan terbaik,” katanya yang berterima kasih kepada kesabaran dan bimbingan Kit Siang sejak beliau menyertai DAP pada usia 19 tahun.

Hew diserang pengguna-pengguna Facebook selepas memuat naik status Laut China Selatan adalah milik China dan melabelkan penentang tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan sebagai anti-komunis di Facebooknya.

 

Related Articles