15
Perkara itu disahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada Ahad.
“Memang benar (tercemar), ia berlaku pagi tadi. SYABAS akan keluarkan kenyataan rasmi sebentar lagi,” katanya memetik laporan Berita Harian Online.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz ketika dihubungi, kesal dengan masalah yang masih berulang itu.
Katanya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini memberi jaminan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan memantau dan bersiap sedia 24 jam bagi memastikan pencemaran tidak berulang.
“Namun ia berulang lagi, bermakna Kerajaan Selangor tidak pandai mengurus dan mentadbir industri air negeri sehingga menyusahkan rakyat,” katanya.