Sultan Ibrahim cadang tubuh bank untuk rakyat Johor

Baginda bertitah, penubuhan bank berkenaan bagi bertujuan memberikan perkhidmatan perbankan kepada rakyat Johor bagi pinjaman perumahan dan simpanan atau pelaburan.

“Banyak rumah mampu milik dibina untuk rakyat berpendapatan rendah namun masih ramai tidak dapat memiliki rumah kerana gagal mendapat pinjaman bank.

“Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan sebagai ‘Bank of Johor’,” titahnya.

Baginda berkata demikian dalam majlis perasmian Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di negeri itu, pada Khamis.

Related Articles