Sultan berhak lucut darjah kebesaran, kata Azalina

Beliau berkata, darjah kebesaran yang dikurniakan kepada mana-mana individu adalah kuasa sultan yang juga berkuasa untuk melucutnya.

“Bagi saya, tidaklah saya rasa ada krisis politik. Itu merupakan hak Tuanku sama ada mahu memberi atau menarik balik sesuatu darjah. Ia tersenarai dalam peraturan dan perlembagaan negeri itu.

“Ini bukan masalah besar cuma mungkin masalah dalaman Terengganu,” katanya di Parlimen, pada Selasa.

Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama semalam.

Azalina yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno yakin langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Sultan Mizan dalam masa terdekat akan dapat menyelesaikan spekulasi terutama dalam kalangan rakyat negeri itu.

Beliau juga yakin Ahmad Razif akan terus menerajui Terengganu sebagai Menteri Besar.

Related Articles