Suhaimi Inteam kini trending dengan ‘mesin basuh’

Terbaharu, Suhaimi sekali lagi diserang netizen apabila tindakan atau lebih tepat cara didikan bekas penyanyi kumpulan In-Team itu terhadap isterinya dan anak-anak mereka tidak kena dengan norma hidup zaman kini.

Semakan RakyatPost.my menerusi laman Facebook menunjukkan rata-rata pengguna laman berkenaan menunjukkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan tindakan Suhaimi sebagai tidak bertanggungjawab dan menyeksa isteri dan anaknya.

“Konon zuhud, tapi tak kesian kat isteri paksa basuh baju dengan tangan, paksa anak minta sedekah kat bazar tapi dia sibuk selfie”, tulis Maisara Yusuf.

“Aku tak faham dengan lelaki macam ni, mesin basuh dikata lara tapi dia duk aktif kat Facebook, selfie situ sini tak lara pulak”, tulis Yusnita Yus.

“Lepas satu-satu dia buat hal, sebelum ni tak nak vaksinkan anak lepas tu paksa anak minta sedekah dah lah tak hantar anak ke sekolah.. Aduii puas fikir pemikiran macam mana si ustaz ni”, tulis Cik Hajar.

Ini susulan tindakan Suhaimi yang menyuruh anaknya meminta sedekah di Bazar Ramadhan pada Ramadhan lalu dan tidak membelikan isterinya mesin basuh yang dianggap sebagai ‘keperluan’ untuk mencuci pakaian 6 orang ahli keluarga.

Tidak terkesan dengan kritikan netizan, Suhaimi kembali membuka mulut dengan memuatnaik status sinis meminta orang ramai tidak mencampuri urusan keluarganya.

“Saudara-saudaraku, tak payahlah kita risau atau terlalu sibuk untuk menghitung urusan orang lain yang tak ada mesin basuh ke, tak ada peti ais, tak ada soda, tak ada aircond.

“Tapi sibuklah diri untuk risau dan hitung dosa-dosa kita, solat kita yang tidak khusyuk, al-Quran yang jarang kita baca dan aurat kita yang tak sempurna ditutup dan hari kematian kita yang semakin hampir sedangkan amalan baik kita belum mencukupi.

“Ya Allah, berikanlah hidayah dan ampunkan lah sekalian nabi Muhammad yang hidup sezaman denganku”, tulisnya.

Suhaimi sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila dia secara terbuka menentang penggunaan vaksin terhadap bayi.

Malah dia sendiri digelar sebagai anti-vaksin kerana tidak memberi vaksin kepada empat orang anaknya.

Related Articles