Kenyataan Idris Ahmad itu dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 91 tahun dan turut serta dalam demonstrasi haram BERSIH 5 Sabtu lalu.
Idris berkata, individu berkenaan sepatutnya bersyukur kerana Allah SWT masih memberi peluang kepadanya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
“Saya cukup simpati apabila melihat gelagat gaya dan tulisan mereka yang sudah lanjut umur dan uzur, tetapi masih tidak insaf untuk berhenti dengan tabiat buruk.
“Sepatutnya kita bersyukur, kerana Allah masih sayang dengan memberi isyarat terlebih dahulu supaya kita kembali ke pangkal jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menasihati bekas Perdana Menteri itu supaya kembali ke tikar sejadah.
Katanya, daripada melabelkan PAS dengan pelbagai tohmahan, adalah baik Dr Mahathir menumpukan kepada ibadat pada penghujung usianya.