Sudah melampau!

by SM Amin

Kebanyakan jabatan dan perbadanan kerajaan tidak suka menyerahkan kepada syarikat swasta tempatan atau kakitangan awam untuk mengendalikan projek pelancongan, sebaliknya menyerahkan kepada syarikat-syarikat luar yang dinamakan, namun langkah tersebut menyebabkan pertambahan perbelanjaan kerajaan. Fenomena ini dianggap sudah melampau. Tidak mustahillah kerajaan terpaksa mengurangkan 82 peratus peruntukan bagi kementerian tersebut dalam Bajet 2017.

Pembaziran jabatan kerajaan disebabkan pembelian barangan dengan harga yang lebih tinggi, membiayai syarikat-syarikat luar yang dinamakan dan lain-lain. Perkara tersebut sudah menjadi amalan biasa menyebabkan kerajaan mengalami kerugian. Kerajaan tidak dapat menggunakan sebahagian besar pendapatan cukai untuk pembangunan kebajikan rakyat kerana terpaksa membiayai perbelanjaan pengurusan kerajaan termasuk membayar gaji penjawat awam.

Walaupun negara China mempunyai penduduk 3.2 bilion, tetapi negara tersebut hanya mempunyai 1.6 juta penjawat awam. Penjawat awam di negara tersebut hanya lima peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan setelah ditolak rakyat yang berusia 18 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun ke atas yang telah bersara. Kadar jumlah penjawat awam di negara tersebut adalah lebih rendah berbanding negara ini.

Setelah perkara di atas didedahkan, Menteri dan Setiausaha Kementerian berkenaan perlu memanggil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan supaya pegawai yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dikenakan tindakan.

Sebelum ini tiada sebarang siasatan dilakukan walaupun kementerian tersebut berbelanja jutaan ringgit untuk projek pelancongan menyebabkan penyelewengan terus berlaku. Oleh itu, pihak berkuasa perlu memandang serius perkara tersebut dan mengambil tindakan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. – China Press

Related Articles