Sebelum ini, KPDNKK telah memotong subsidi gula. Belanjawan pula telah bertindak memansuhkan subsidi minyak masak kerana kerugian hampir RM500 juta setiap tahun. Namun begitu, dalam pandangan rakyat, ia berbeza sekali dengan realiti.
Menteri Kerajaan Tempatan negeri Sarawak, Sim Kui Hian pula berpendapat kekurangan minyak masak di pasaran bukanlah satu perkara yang buruk. Ini kerana orang ramai boleh memasak dengan cara rebus atau stim kerana ia lebih sihat.
Sudah tentu, menteri kabinet negeri yang berkata demikian juga ada peminatnya. Contohnya, Chef Wan yang bersetuju dengan pendapat itu dan mencadangkan rakyat agar memasak cara sihat. Bagaimanapun netizen tidak berpendapat sedemikian dan banyak entri yang menyangkal dan menyindir.
Dasar negara kali ini memaparkan kerajaan membuat pusingan 180 darjah lagi dan menyebabkan berlaku inflasi barangan am sekali gus menambah lagi kepahitan hidup rakyat. Kenaikan minyak masak 5kg sebanyak RM1.90 sebotol bolehlah difahami lagi.
Bayangkan setiap isi rumah menggunakan 12 botol minyak masak 5kg setahun, jadi setiap keluarga perlu tambah perbelanjaan sebanyak RM24 setahun. Dengan 30 juta penduduk (dengan mengambil kira 5 orang dalam satu keluarga), jumlah perbelanjaan bagi 6 juta keluarga bertambah sekurang-kurangnya RM140 juta.
Jadi, walaupun jumlah bayaran BR1M dinaikkan, ia tetap tidak dapat membantu penduduk berpendapatan rendah. Malangnya, perbendaharaan sudah semakin kesempitan, semua tidak dapat membantu anda. Mari semua cari jalan untuk ‘ubah’ , barulah boleh terus hidup. – Oriental Daily