Subra buka pintu pada penyokong Palanivel

Beliau menegaskan demikian dalam sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti di ibu pejabat MIC semalam.

Beliau berkata ia adalah demi kepentingan dan hasrat parti untuk bersama-sama memperjuangkan dan membawa MIC ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya beliau telah beberapa kali mengulangi pandangan itu dan semalam pihaknya berbincang dan mengulangi pandangan itu dan meminta mereka (penyokong Palanivel) yang berada di luar untuk datang bersama bagi membawa parti ke tahap yang lebih tinggi.

“Kita mempunyai sikap terbuka. Kita akan terima sesiapa yang mahu menyertai MIC,” katanya.

Dr Subramaniam mengulas desas-desus yang menyatakan penyokong Palanivel termasuk bekas naib presiden MIC Datuk S.Sothinathan berhasrat kembali kepada MIC seperti dilaporkan media kebelakangan ini.

MIC berpecah kepada dua puak berikutan perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis pada 5 Dis 2014 dengan meminta parti itu mengadakan pemilihan semula parti.

Krisis tersebut telah menyebabkan Palanivel kehilangan keanggotaan MIC secara persendirian (Ipso Facto) dan beberapa penyokong setia beliau masih tidak mahu menyertai parti di bawah kepimpinan Dr Subramaniam itu sehingga hari ini.

Selain itu, Dr Subramaniam berkata CWC turut membincangkan persiapan untuk meraikan ulang tahun MIC ke-70 yang bakal disambut pada 6 Ogos ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. – Bernama

Related Articles