Suami isteri kasari penguatkuasa MBSA dijel lima bulan

Ia berikutan Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara lima bulan kepada Lor Ka Hoo, 36, dan Tan Sit Fun, 31, sekali gus menolak rayuan mereka terhadap hukuman Mahkamah Majistret pada 25 November tahun lalu.

Pesuruhjayan Kehakiman, Wong Teck Meng yang membenarkan permohonan pihak pendakwaan terhadap hukuman mengarahkan pasangan itu menjalani hukuman itu berkuatkuasa pada Jumaat.

Bagaimanapun hukuman denda RM3,000 atau penjara tujuh hari seperti yang diputuskan sebelum ini dikekalkan.

Mereka didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, Nurul Ain Isa, 24, dengan niat menakut-nakutkan mangsa daripada menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam dengan sah di sisi undang-undang.

Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan tersebut di tempat letak kereta awam di Jalan BRP 6/11, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi, 24 November lalu.

Ka Hoo dan Sit Fun didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, memetik laporan Utusan Online.

Related Articles