Suami isteri didakwa bunuh adik 2 tahun

Fathin Nur Athirah Sabarudin, 21, dan suaminya, Muhammad Hafiz ID Osmera, 21, mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.

Berdasarkan pertuduhan, Fathin dan Muhammad Hafiz didakwa membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin di rumah mereka di Jalan Tenggiri, Kampung Tebing Tembah, Paka di sini antara 30 Julai dan 29 Ogos lalu.

Hazwanie tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan sebutan semula pada 9 Oktober depan.

Related Articles