Suami isteri culik bayi direman lagi

Lelaki yang berusia 26 tahun dan wanita berumur 23 tahun yang memakai baju lokap berwarna jingga itu dibawa ke pekarangan Mahkamah Kota Bharu pada pukul 10 pagi.

Majistret Mohd. Isa Moha­med memerintahkan kedua-dua mereka disambung reman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Terdahulu pasangan berkenaan didakwa menculik seorang bayi berusia lima hari dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah pada petang Selasa lalu.

Bagaimanapun bayi berkenaan berjaya ditemui semula.

Sebaik menerima laporan dan menjalankan siasatan, polis menemui bayi terbabit dalam jagaan sepasang suami isteri di Selising, Pasir Puteh.

Related Articles