Semua orang sama dibawah undang-undang – Ahmad Zahid

Beliau berkata, walaupun rakyat diberi kebebasan mengadakan perhimpunan untuk menunjukkan perasaan mereka, namun mereka tetap perlu mematuhi undang-undang.

Katanya, pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan tiada pilih kasih di antara penganjur mahupun individu yang menentang penganjur.

“Tidak kira kumpulan baju merah ke, baju kuning, tindakan akan diambil jika langgar undang-undang. Kerajaan akan adil dengan semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga berkata pihaknya sedang meneliti maklumat mengenai unsur Daesh dalam Perhimpunan Bersih 5, namun sehingga kini tiada sebarang maklumat perkara itu yang diterima oleh pihak berkuasa. – Tamil Malar

Related Articles