SPRM tahu kegiatan penjawat awam – Cuepacs

Ujar beliau, kesediaan pengurusan tertinggi mematuhi larangan tersebut akan meningkatkan tahap integriti sektor awam, memetik laporan Utusan Online.

Menurut beliau, semua penjawat awam perlu sedar bahawa pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai maklumat tentang kegiatan mereka.

“Kita sepatutnya melihat teguran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad tentang kecenderungan penjawat awam bermain golf di luar negara secara positif.

“Peringatan itu dibuat secara ikhlas bagi memperbetulkan sistem sedia ada agar lebih telus, tiada prejudis sekali gus mengelakkan orang bercakap di belakang,” katanya lagi.

Dzulkifli dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia mengingatkan penjawat awam khususnya pengurusan tertinggi untuk menghentikan serta-merta aktiviti bermain golf di luar negara.

Beliau memberitahu, SPRM melakukan pemantauan dan mempunyai maklumat tentang pergerakan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan penjawat awam terbabit.

Dzulkifli menambah, selain bermain golf, perbelanjaan penjawat awam terbabit termasuk untuk membeli-belah turut dibiayai pihak tertentu.

Related Articles