SPRM tahan bekas ahli Parlimen PKR

Difahamkan, ahli politik berkenaan sebelum ini bersama parti PKR ditahan bersama wang berjumlah RM30,000.

Penahanannya tersebar menerusi aplikasi WhatsApp semalam yang antara lain mengaitkannya dengan dakwaan rasuah.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan pembinaan bagi membolehkan syarikat milik kontraktor tertentu mendapat tender baik pulih kemudahan awam bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, penahanan dibuat selepas intipan selama empat bulan ke atas ahli politik itu susulan beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa.

Sementara itu, SPRM mengesahkan penahanan itu.

Related Articles