SPRM siasat pembalak haram rasuah Orang Asli

Pengarah SPRM negeri, Datuk Moh. Samsuddin Yusoff berkata, ekoran daripada itu, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu selepas mendapat aduan daripada penduduk terbabit.

Beliau berkata, penduduk Orang Asli mendakwa pembalak haram itu cuba memberi suapan wang tunai, beras dan rokok untuk menceroboh hutan berhampiran kawasan penempatan mereka.

“Modus operandi kumpulan ini ialah memberikan suapan kepada Tok Batin kemudian penduduk kampung. Tetapi dalam kes ini, Tok Batin dan penduduk menolak suapan itu dan mereka membuat aduan kepada SPRM.

“Dalam kes ini, kita sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemberi rasuah dan siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana memberi rasuah,” katanya.

Moh. Shamsudin berkata, apa yang berlaku menunjukkan Orang Asli mempunyai kesedaran yang tinggi apabila mereka tidak menerima suapan.

“Saya harap masyarakat lain juga sedar tentang bahaya rasuah. Individu yang ditawarkan rasuah perlu melaporkannya kepada SPRM mengikut Seksyen 25 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan jika tidak lapor akan didenda sehingga RM10,000.

“Bagi pegawai kerajaan pula boleh didenda hingga RM100,000,” katanya. – Utusan Malaysia

Related Articles