SPRM siasat ‘Datuk Seri’, ambil keterangan kakitangan Kementerian Pelancongan

Menurut sumber, SPRM telah melakukan penggeledahan di pejabat kementerian berkenaan sejak Selasa lepas untuk mengumpul bukti.

SPRM juga telah mengambil keterangan daripada seorang setiausaha sebuah syarikat pelancongan berkaitan siasatan kes berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” kata sumber itu.

Siasatan dimulakan sejurus SPRM mendapat maklumat berhubung dakwaan salah guna kuasa ‘Datuk Seri’ berkenaan daripada orang awam. – Bernama

Related Articles