SPRM semakin garang, tahan dan beku aset RM8.1 juta

Datuk yang ditahan di kediamannya kira-kira jam 2 petang tadi di Kuala Lumpur dikatakan terlibat dengan kes membabitkan pertukaran sistem bank dan juga penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Turut dibekukan adalah aset bernilai RM8.1 juta.

“Siasatan mendapati wang berjumlah RM15 juta telah diberikan kepada syarikat penerbitan yang merupakan milik orang yang mempunyai kepentingan dengan dengan Pengarah Urusan tersebut. Namun sehingga kini tidak ada sebarang buku yang diterbitkan,” katanya memetik laporan Sinar Harian Online.

Sumber berkenaan berkata, siasatan dan tangkapan ini dibuat hasil maklumat orang ramai berhubung salah laku rasuah selepas SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap mereka yang menyalahgunakan kuasa dan mempunyai kehidupan melebihi kemampuan.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan Datuk berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 a dan Sekyen 23 Akta SPRM 2009.‎

Related Articles