SPRM Kelantan tumpu atasi masalah PATI

Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata tumpuan pertama melibatkan isu berkaitan PATI serta kawalan keselamatan di tiga pintu masuk utama di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

“Kita juga akan memberikan tumpuan untuk memburu orang tengah serta majikan, syarikat pengurusan dan mana-mana agensi yang melanggar undang-undang imigresen.

“Ia selari dengan hasrat Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (Datuk Seri Mustafar Ali) yang mahukan skop penguatkuasaan yang lebih meluas dalam menangani masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Imigresen Malaysia Peringkat Negeri Kelantan di Depot Imigresen Tanah Merah hari ini.

Wan Mohammed Saupee memulakan tugasnya sebagai pengarah Imigresen Kelantan bermula hari ini menggantikan Abdullah Daud yang bertukar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak.

Beliau berkata masalah PATI turut bersangkut paut dengan keselamatan negara, justeru ia merupakan satu daripada tanggungjawab pihaknya. – Bernama

Related Articles