Ingatan itu disampaikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah dengan tujuan memastikan tiada amalan rasuah yang berlaku di kalangan mereka.
“Selepas lima tahun, mereka perlu isytihar semula harta untuk melihat sama ada berlaku peningkatan aset atau tidak.
“Siasatan di peringkat jawatankuasa jabatan masing-masing adalah untuk memastikan pengisytiharan itu berpatutan atau tidak,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah Sektor Swasta dan Forum Integriti di Dewan Tun Ismail, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur, Jumaat.
Menurutnya, pengisytiharan tersebut dilakukan bagi melihat jumlah peningkatan aset setiap pegawai yang terlibat.
Tambahnya harta berkenaan akan disiasat oleh jawatankuasa di peringkat jabatan masing-masing dan bukannya disiasat oleh pihak SPRM.