SPR diperuntukkan RM135.6 juta laksana pilihan raya negeri Sarawak, kata Azalina

 
Azalina berkata, jumlah yang diperuntukkan untuk pengendali pilihan raya di dalam negara itu meningkat berbanding RM79 juta untuk pilihan raya Sarawak sebelum ini.
 
“Untuk makluman, jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada SPR untuk pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang adalah sebanyak RM136.5 juta, manakala jumlah peruntukan yang telah digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lepas adalah sebanyak RM79 juta,” kata Azalina dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat Parlimen, pada Selasa.
 
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu yang bertanyakan jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada SPR untuk melaksanakan pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.
 
Wong juga turut bertanyakan jumlah peruntukan yang digunakan dalam pilihan raya sama sebelum ini.

Related Articles