13
Terdahulu, ketika ditanya adakah MIC akan menerima balik Sothinathan, Saravanan berkata pihaknya berbesar hati mengalu-alukan Sothinathan untuk menyertai MIC, hanya untuk tujuan berkhidmat untuk pembangunan rakyat.
“Sebelum ini, saya dan Datuk Seri Devamany bertanding dan Devamany menang…bagaimanapun, sampai sekarang saya bekerjasama dengan Devamany untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Saravanan turut mengingatkan Sothinathan supaya sentiasa mematuhi peraturan parti dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.
“Jangan meminta itu dan ini…jadi sebagai ahli biasa dan berkhidmat untuk rakyat,” katanya sambil menambah kini MIC yang dibawah pimpinan Datuk Seri Dr S.Subramaniam dalam keadaan yang baik. – Makkal Osai