Soros akhirnya tumbang

Tun Dr Mahathir Mohamad telah berusaha mengenai perkara ini untuk satu tahun atau lebih. Itulah sebabnya mengapa Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang telah pergi ke AS bersama-sama dengan Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara), Abdul Gani Patail (Peguam Negara) dan Abu Kassim Mohamed (ketua SPRM).

Mereka tahu bahawa sidang akhbar Peguam Negara AS dan DoJ hanyalah sekadar kata-kata sahaja. Tetapi ini adalah politik dan politik adalah permainan persepsi. Jadi apa yang mereka perlu lakukan hanyalah untuk mewujudkan persepsi bahawa Najib akan mengalami nasib sama seperti Manuel Noriega dari Panama. Itu sudah cukup baik dan itulah adalah rancangannya yang utama.

Pembangkang dan tentera anti-Najib sangat gembira. Mahathir juga berkata bahawa Najib tidak akan berani keluar dari Malaysia kerana jika beliau keluar, beliau akan ditangkap dan akan dihantar ke AS untuk dibicarakan. Bagaimana Najib boleh ditangkap apabila beliau tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan tidak ada waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya? Malah, Peguam Negara AS dan DoJ tidak pernah menyatakan nama Najib dalam sidang media mereka.

Tetapi inilah caranya bagaimana permainan persepsi dimainkan. Mereka mencipta persepsi dengan mencadangkan dan membayangkan dan dengan menyindir. Dari awal lagi isu 1MDB hanyalah permainan persepsi semata-mata. “RM42 bilion wang 1MDB telah lesap begitu sahaja,” umum Mahathir. “Mungkin juga RM50 bilion atau lebih telah lesap. Dan RM2.6 bilion atau mungkin juga RM4 bilion daripadanya telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.”

Ini adalah manteranya sejak tahun 2014. Hakikatnya, aset 1MDB melebihi liabilitinya sebanyak RM9 bilion dan wang yang masuk ke dalam akaun Najib adalah sumbangan dari orang Arab. Dan mereka mensabotaj IPO yang 1MDB telah usahakan. Mereka menyekat semua pinjaman bank kepada 1MDB. Mereka memalsukan dokumen dan memberikan ‘bukti’ ini kepada wartawan dan penulis blog di Malaysia dan di luar negara – wartawan dan blogger yang telah mereka rasuahkan sebanyak beratus-ratus juta (ya, jangan terkejut, orang putih juga boleh disogok).

Mereka telah menggunakan segala-galanya untuk menghentam Najib – kerana lebih banyak mereka boleh menghentamnya, lebih banyak mereka boleh membuat beliau kelihatan bersalah. Tetapi Najib tidak panik. Beliau kekal tenang. Dan lebih penting sekali adalah hakikat bahawa ‘Boffin Boys’ beliau kekal tenang dan merancang strategi mereka dan kekal satu atau dua langkah di depan Mahathir dan ANC beliau.

Najib tahu apa yang Donald Trump tahu, iaitu bahawa media telah rosak, boleh disogok, tidak pernah neutral, dan akan memilih pihak dan bekerja untuk mereka yang membayar gaji mereka. Jadi mengapa cuba untuk berlawan dengan wartawan-wartawan dan penulis blog yang sedang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Barisan Nasional yang dipimpin Umno dan menggantikan kerajaan dengan Pakatan Harapan pimpinan DAP?

Najib tahu apa yang Donald Trump tahu, iaitu media dan panglima perang boleh menentang anda tetapi di penghujungnya, pengundi yang menentukan siapa yang boleh membentuk kerajaan dan memimpin negara. Hari ini, Trump telah membuktikan bahawa rakyat akan membuat keputusan jika mereka mahu beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45. Dan pada pilihan raya umum akan datang, rakyat juga akan membuat keputusan sama ada mereka mahu Najib sebagai Perdana Menteri dan Barisan Nasional yang dipimpin Umno sebagai kerajaan Malaysia.

Jadi, kenapa begitu bodoh melawan media apabila wartawan dan penulis blog telah disogok untuk menentang anda? Pengundi yang akan menentukan nasib anda, bukan Sarawak Report, Malaysiakini, Wall Street Journal, New York Times, Washington Post, atau apa sahaja. Jadi, sementara pembangkang mensia-siakan begitu banyak masa sejak tahun 2014 pada kempen 1MDB mereka, Najib menghabiskan semua masa itu memastikan bahawa apabila pilihan raya umum akan datang diadakan, UMNO-Barisan Nasional dan bukannya DAP-Pakatan Harapan yang akan memenangi pilihan raya.

Mahathir, ANC beliau, dan Pakatan Harapan pimpinan DAP, telah terbawa-bawa dengan propaganda mereka sendiri. Dan ini adalah sangat berbahaya. Sebaik sahaja anda mula mempercayai pembohongan anda sendiri, anda akan gagal. Dan inilah masalahnya dengan Mahathir dan pembangkang. Mereka begitu banyak berbohong dan melakukannya dengan terlampau kerap sehinggakan mereka mula mempercayai pembohongan mereka sendiri.

Tidak, Najib tidak akan jatuh. 1MDB tidak akan bankrap. Malaysia tidak akan bankrap. AS tidak akan menghantar tenteranya ke Putrajaya untuk menculik Najib dan membawanya kembali ke Amerika untuk dipenjara, seperti yang mereka lakukan kepada Noriega. Malah, kerajaan baru AS akan mengatakan bahawa Najib telah dianiaya secara tidak adil oleh media – yang telah disogok dan yang telah dibiayai oleh orang-orang seperti George Soros yang mana sejak tahun 1995 telah menyokong Anwar Ibrahim dan merancang untuk menjatuhkan Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar.

Pada tahun 1998, Suharto (Indonesia) dan Mahathir (Malaysia) kedua-duanya sepatutnya jatuh. Bagaimanapun, ketika Suharto jatuh pada Mei 1998, Mahathir melawan balik dan tiga bulan kemudian, Anwar yang sebaliknya telah jatuh. Dan Mahathir tahu bahawa Soros dan IMF telah menyokong Anwar dalam usahanya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan IMF dan menuduh kedua-dua IMF dan Soros cuba untuk ‘menjajah’ Malaysia.

Mahathir dan ANC beliau berharap bahawa Hillary Clinton akan menang jawatan Presiden AS. Dengan kemenangan Hillary, mereka boleh terus menghidupkan isu DoJ. Tetapi oleh kerana Donald Trump sebaliknya yang telah memenangi jawatan Presiden AS, maka gagal sudah kempen AS mereka untuk mewujudkan persepsi bahawa Najib akan dijatuhkan.

Seseorang memberitahu saya bahawa surat ini (http://www.malaysia-today.net/wp-content/uploads/2016/11/Najib-Trump.jpg) telah disediakan semalam dengan menjangkakan bahawa Trump memenangi jawatan Presiden AS hari ini. Dan itu adalah perbezaannya antara ‘Boffin Boys’ Najib dan ‘Keystone Cops’ Mahathir. ‘Boffin Boys’ Najib tahu apa yang mereka lakukan sementara orang-orang Mahathir terpaksa meraba-raba mencari jalan.

Sekarang ini anda tahu mengapa pada bulan Februari 2015 semasa saya diminta untuk membuat keputusan sama ada untuk menyertai pasukan Mahathir atau pasukan Najib saya memilih pasukan Najib. Saya cuma benci bekerja dengan orang yang bodoh dan suka bekerja dengan orang yang bijak. Maksud saya, hanya orang bodoh yang akan seronok bekerja dengan orang yang bodoh. Dan saya ingin percaya bahawa saya adalah seorang yang bijak dan bukannya seorang yang bodoh.

 

Dipetik dari Facebook Malaysia Today

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related Articles