Sokongan Anwar penting – Mukhriz Mahathir

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, ketika ini kerjasama dua pemimpin itu ketika ini hanya berkisar kepada soal untuk menentang Akta Majlis Keselamatan Negeri yang kontroversi itu.

“Penting untuk mendapatkan sokongan Anwar, khususnya untuk mendapatkan komitmen daripada PKR sendiri (untuk bekerjasama dengan PPBM).

“Kami harap kerjasama itu akan berterusan di peringkat parti,” katanya kepada pemberita selepas memberi ceramah anjuran Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Puchong malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah seterusnya susulan daripada pertemuan Tun Mahathir dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu.

Tun Mahathir hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Anwar yang cuba mencabar perlaksanaan Akta MKN.

Related Articles