Sokong Bersih 5.0, di mana moral Dr. Mahathir? – Ismail Sabri

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, Soros merupakan individu paling dibenci Dr. Mahathir sehingga beliau menggelar hartawan Amerika Syarikat itu sebagai penyangak mata wang.

Malah kata beliau, Dr. Mahathir turut ‘mendidik’ rakyat Malaysia supaya membenci Soros kerana cuba menjatuhkan kerajaan ketika itu.

“Hari ni Soros, kalau benar, dikatakan memberi bantuan kepada Bersih manakala Dr. Mahathir pula bersama Bersih berarak di atas jalan raya mengatakan inilah cara terbaik menumbangkan kerajaan.

“Dari segi moral, bagaimana kita boleh membuka negara kita kepada Soros. Dia mengajar kita Soros itu adalah orang paling tidak baik, Soros pula beri sumbangan kepada Bersih untuk tumbangkan kerajaan dan Dr.Mahathir pula boleh sokong,” katanya memetik Utusan Online di Rantau Panjang pada Sabtu.

Related Articles