Siti Kassim turun Parlimen, tolak usul ‘hudud’ Hadi

by SM Amin

Beliau bersama lima rakannya yang lain membawa berhimpun di luar pintu pagar Parlimen dengan membawa plakad “#Tolak RUU355 Saya Muslim. Saya tidak sokong”, “Kita mesti diberi pilihan” dan “Islam itu indah” sebagai tanda protes.

“Kami adalah sekumpulan rakyat prihatin. Kami mahu ahli Parlimen untuk tahu bahawa ada orang Melayu yang tidak tertipu dengan Hadi,” kata Siti Kasim kepada pemberita.

Usul Persendian Abdul Hadi berada pada aturan nombor empat dalam mesyuarat Dewan Rakyat minggu lalu. Usul tersebut sehingga kini tidak dibahaskan kerana urusan kerajaan perlu didahulukan.

Siti Kassim dan kumpulannya beredar sekitar jam 10 pagi selepas berhimpun kira-kira 30 minit.

 

Related Articles