Kementerian itu memantau dengan teliti wanita hamil yang disahkan dijangkiti virus Zika, kata laporan itu pada lewat Jumaat.
Menurut kementerian, sejumlah 16 wanita hamil disahkan dijangkiti virus Zika di Singapura, hampir sebulan sejak kes jangkitan tempatan Zika yang pertama dikesan pihak berkuasa.
Para doktor yang merawat wanita hamil itu sentiasa membuat susulan dengan mereka untuk menyediakan kaunseling dan sokongan, kata laporan itu.
Menurut Channel NewsAsia, keputusan awal daripada kajian di Brazil mengaitkan jangkitan Zika pada wanita hamil dengan masalah mikrosefali pada bayi mereka – kecacatan pada bayi baru lahir yang menyebabkan saiz kepala lebih kecil daripada normal yang boleh membawa kepada masalah perkembangan serius. – Bernama