Ketua Pemudanya, Hahasrin Hashim berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan percaya Khairul mempunyai asas yang kukuh sebelum membuat laporan polis tersebut.
“Pemuda Johor berpandangan laporan ini melibatkan nama dan maruah organisasi pemuda UMNO secara keseluruhannya termasuk kami Pemuda Johor.
“Maka, Pemuda Johor mendesak pihak bertanggunjawab khususnya Pihak Polis DiRaja Malaysia untuk melakukan penyiasatan segera bagi membuktikan kebenarannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairul membuat laporan polis pada Selasa terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang dipercayai terbabit dalam konspirasi itu.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh Khairul itu, mereka yang dikatakan terlibat disyaki telah memberikan dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Sebahagian besar daripada dokumen itu kata Khairul adalah palsu dan mempunyai fakta yang telah diputar belit dan direka untuk tujuan menjatuhkan Najib.