Siapa yang lebih pelik?

by SM Amin

Kemudian penulis juga tahu bahawa sebenarnya masih ada restoran Cina yang boleh dilihat pelbagai etnik bersembang sambil minum kopi di beberapa tempat. Salah satunya ialah di Chong Kok Kopitiam, Klang. Restoran ini dimiliki oleh orang Hainan dan kita boleh lihat wanita Melayu menjual nasi lemak di pintu masuk restoran.

Semasa waktu puncak, pelanggan Chong Kok Kopitiam terpaksa berkongsi meja dengan orang lain termasuklah berlainan kaum. Dalam kehidupan orang awam, rupa-rupanya tidaklah terlalu terikat namun oleh kerana pelbagai peraturan diperkenalkan, ia mulai menjadi tradisi bahkan konservatif.

Tidak berapa lama dahulu, kita berhadapan dengan kontroversi ‘Pretzel Dog’ di kedai Auntie Anne’s kerana menggunakan perkataan anjing. Ia kemudian dilabelkan tidak halal oleh JAKIM dan ditukarkan pula kepada ‘Pretzel Sausage’.

Pada masa itu, ia bukan sahaja dikritik keras oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz kerana nama tersebut sudah lama digunakan malah masyarakat Islam tidak pernah tersinggung dengannya bahkan turut ditentang penamaan semula oleh bekas Menteri MITI, Rafidah Aziz.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan kebimbangan dengan isu-isu yang tidak masuk akal ini dan menyenaraikan beberapa kuih tradisional Malaysia yang dilihat lucah dan tidak senonoh seperti cucuk badak, puteri bersiram dan tahi itek.

Selepas kontroversi ‘hot dog’ ini, JAKIM seterusnya menolak permohonan pensijilan halal kepada sebuah hotel di Pulau Pinang kerana pizza Margarita yang dijual di premis berkenaan sama seperti perkataan koktel Margarita. Selepas itu, McDonalds pula terkena kesannya di mana kek yang dibawa masuk dalam premis berkenaan perlu ada sijil halal. Ia sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen kerana kek hari jadi tidak pernah menjadi kontroversi sebelum ini.

Walaupun pensijilan halal Malaysia terkenal di seluruh dunia namun isu yang keterlaluan seperti ini menjadi bahan tontonan antarabangsa. Mungkin persoalan Rafidah itu benar, “apakah mereka sudah tiada kerja lain yang lebih produktif untuk dilakukan?” – Oriental Daily

Related Articles