Siapa pilihan Tun Mahathir?

Perkara itu perlu untuk menghentikan spekulasi yang mendakwa bahawa beliau kini sedang membuka jalan untuk anaknya bagi jawatan terbabit.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin, berkata ia penting bagi menjawab kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini.

Menurut Tengku Sarifuddin Mukhriz mendakwa bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk menjadi orang nombor satu.

“Jadi kenapa dia bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada 2013? Semua orang dalam politik Malaysia mengetahui bahawa seseorang yang mahu menjadi Presiden UMNO dan kemudiannya dipacu Perdana Menteri, akan berdiri sebagai Naib Presiden. Ia merupakan satu pendakian ke atas.

“Mungkin disebabkan dia kalah dalam pertandingan menyebabkan Mukhriz menyatakan beliau tidak mahu mendaki ke atas atau mungkin disebabkan dia diberitahu oleh ayahnya Mahathir untuk bercakap perkara ini.

“Tetapi kita semua tahu bahawa dia atau ayahnya tidak mahu beliau mendaki ke atas kerana dia bertanding sebagai Naib Presiden,” katanya menerusi kenyataan.

Tegasnya, semua spekulasi dapat dihentikan sekiranya Dr Mahathir dapat menamakan siapa yang dimahukan untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kenapa dia selalu mengelak dari menjawab satu soalan senang tetapi penting ini? Kenapa dia secara konsisten mengelak berhubung rancangannya untuk masa depan politik Mukhriz?

Tengku Sharifuffin turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia berhak memilih kerajaan dan Perdana Menteri secara demokrasi pada Pilihan Raya Umum akan datang dan bukannya daripada Dr Mahathir.

Minggu lalu, Dr Mahathir mengakui bahawa kempen untuk menggulingkan Najib telah memalukan anaknya, Mukhriz tetapi menafikan bahawa kempen yang dilakukannya adalah untuk menaikkan anaknya itu sebagai Perdana Menteri akan datang.

Menerusi sesi temu ramah, Dr Mahathir menyatakan masa yang sesuai untuk menaikkan ahli keluarganya bagi menggantikannya adalah ketika beliau masih berkuasa.

Bagaimanapun, beliau melarang anak-anaknya untuk memegang jawatan dalam UMNO bagi mengelakkan tuduhan nepotisme.

Related Articles