Siapa calon PM pembangkang?

Katanya, pembangkang gagal menentukan siapa calon PM dalam kalangan pemimpin sedia ada iaitu antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Pembangkang kini lebih cenderung bergaduh untuk kedudukan dan jawatan PM menyebabkan mereka tidak dapat membuat keputusan jelas siapa calon PM mereka sehingga kini.

“Saya sangat yakin mereka tak mampu membuat keputusan itu, kerana mereka hanya pentingkan kedudukan dan survival dinasti politik keluarga masing-masing bukannya mahu berkhidmat untuk rakyat seperti Barisan Nasional,” katanya.

Ujarnya, pembangkang harus mempelajari bagaimana membentuk pakatan kerjasama yang utuh dan teguh daripada BN yang mempunyai rekod cemerlang mengekalkan gabungannya bersama 13 parti komponen selama 43 tahun.

“Bukannya seperti pembangkang menjelang setiap PRU membentuk pakatan baharu dan berpecah serta gaduh selepas PRU. BN tidak brbuat demikian.

“Motif dan tujuan kami hanya satu iaitu BN, mungkin terdapat perbezaan pendapat tetapi itu tidak semestinya kami gaduh, tetapi kami sentiasa mendukung semangat BN dan menghormati konsensus pendapat yang diambil sebulat suara”.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perjanjian kerjasama politik yang ditandatangani Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. – Tamil Nesan.

Related Articles