Shafie ke ROS serah borang pendaftaran parti baharu

Ia difahamkan bagi menyerahkan borang pendaftaran parti baharu.

Shafie tiba jam 9.35 pagi, bersama empat lagi individu.

Shafie sebelum ini mengumumkan keluar daripada UMNO pada 4 Julai lalu, selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung keahlian beliau pada 24 Jun.

Susulan itu, Shafie turut memaklumkan beliau bakal menubuhkan parti baharu yang berpangkalan di Sabah.

Selain hukuman terhadap Shafie, MT UMNO telah memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun Muhyiddin dan Mukhriz kini bersama dalam perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr Mahathir.

Related Articles