“Biar jelas, saya tidak akan menyokongnya,” kata Shafie kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, ketetapan itu diambilnya dengan mengambil kira kehendak rakyat Sabah.
“Pendirian kita jelas berhubung perkara itu seperti pendirian Sarawak.
“Saya tidak akan undi.. sama seperti pendirian sarawak. Kerana apa yang lebih penting adalah kehendak rakyat Sabah,” katanya.
Semua 25 ahli Parlimen dari Sarawak sebulat suara tidak akan menyokong RUU yang akan dibentangkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Amar Dr James Jemut Masing ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di Kompleks DUN di sini semalam.
Sebelum itu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, parti itu juga tidak akan menyokong rang undang-undang yang akan dibentang Hadi.