Shabery Cheek sepatutnya naik helikopter yang hilang

Ahmad Shabery berkata Jabu meminta beliau menyertainya untuk menghadiri satu majlis di Bukit Saban sebelum pulang ke Kuching.

Manakala helikopter yang hilang itu berlepas ke Spaoh untuk mengambil Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan beberapa orang yang lain.

“Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong,” kata Shabery, memetik laporan Berita Harian Online.

“Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali,” katanya kepada akhbar berkenaan.

Related Articles