Seorang remaja maut, tiga lagi parah ditetak, diserang

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, tiga lagi rakan mangsa turut dilaporkan parah akibat serangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, sebelum kejadian mangsa bersama tujuh rakannya yang berusia lingkungan 18 hingga 20-an baru sahaja keluar daripada pusat hiburan berkenaan.

“Sebaik sahaja keluar, mereka terserempak seorang lelaki yang sedang bertengkar dengan bekas isterinya di pekarangan kaki lima bangunan terbabit.

“Suspek yang berang dengan tindakan sekumpulan remaja itu yang dikatakan cuba campur tangan menyerang mangsa dan rakannya,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Related Articles