Seorang lelaki didakwa beri sokongan pengganas Daesh

Memetik laporan Utusan Malaysia, tertuduh, Zairosfitri Jainuddin Azhar, 24, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Majistret Ahmad Asyraf menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes bagi dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Related Articles