Semua pihak perlu hormati RUU355 – Zahid

Timbalan Perdana Menteri berkata, kekeliruan tidak wajar berlaku dalam kalangan orang bukan Islam kerana rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Pas itu adalah bukan Hukum Hudud dan sama sekali tidak melibatkan golongan bukan Islam.

Katanya, menerusi perjumpaan beliau bersama ahli-ahli Parlimen pembangkang Islam semalam, beliau telah memberi penjelasan mengenai tujuan RUU itu bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Undang-undang ini adalah untuk orang Islam, jangan menentang sebelum memahaminya, ini adalah bukan hukum hudud,” katanya di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Simposium Tahfiz al-Quran Peringkat Antarabangsa sempena Sambutan Jubli Emas Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), memetik Utusan Online.

Related Articles