Semua pegawai kanan DBKL diarah isytihar harta

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, DBKL serius memastikan semua kakitangan bebas daripada kegiatan salah laku yang membabitkan rasuah dan pengubahan wang haram.

“Saya mengarahkan semua kakitangan untuk mengemas kini data peribadi dan harta bagi tujuan tersebut. Perkara ini bukan baharu, sebaliknya dilakukan setiap dua kali dalam setahun,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes pegawai kanan DBKL berpangkat Datuk Seri yang disambung reman kerana didakwa terlibat dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram. –Utusan Online

Related Articles